Sukan

LTDL 2024 mencabar, babit laluan perlumbaan di Sarawak

Pulau Langkawi akan kembali menjadi pentas saingan acara berprestij Petronas Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL 2024) bagi edisi ke 28 pada tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam sidang akhbar Majlis Pelancaran dan Pengumuman Laluan Petronas LTDL 2024 di MSN, Bukit Jalil pada Isnin.

Tambahnya, saingan pada edisi kali ini lebih mencabar kerana buat kalinya melibatkan dua laluan di dua bahagian Sarawak iaitu Bintulu dan Miri.

“Tahun 2024 menjanjikan ujian yang lebih mencabar untuk penganjuran LTdL. Bukan sahaja perlumbaan ini akan kembali ke Pulau Langkawi, malah buat julung kalinya ia akan ke Kulai dan Sarawak iaitu Bintulu dan Miri,” katanya dalam kenyataan rasminya di Facebook.

LTDL 2024 akan bermula pada 29 September sehingga 6 Oktober membabitkan laluan perlumbaan sejauh 1,191 km itu akan bermula di Kuah, Langkawi dan berakhir di Bintulu.

Tiga pasukan berbasikal negara dijangka menyertai perlumbaan kali ini iaitu Pasukan Berbasikal Lebuhraya Kebangsaan, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) dan Malaysia Profesional Cycling (MPC).

BACA LAGI: Kaji pro dan kontra sebelum buat keputusan jadi tuan rumah Komanwel 2026

Sementara itu Hannah menyeru lebih banyak syarikat korporat yang akan tampil menjayakan penganjuran LTDL 2024.

Edisi kali ini jelasnya dianggap mencabar memandangkan faktor kos logistik tambahan seperti kos keluar dan masuk dari Pulau Langkawi serta ‘charter flight and cargo’ ke Sarawak yang akan menguji kemampuan penganjur.

Related Articles

Back to top button