Uncategorized

Sultan Ibrahim titah akan mulakan cara pemerintahan sebenar selepas ini

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan Baginda akan sentiasa memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan memulakan cara pemerintah yang sebenar selepas ini.

“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak Menteri.

“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara.

“Apabila habis tempoh ‘bulan madu’ ini, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” titah Baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara, hari ini.

Berangkat sama Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Baginda bertitah, pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah berjasa, mencurahkan khidmat bakti atau menyumbang kepada Wilayah Persekutuan.

“Saya sendiri telah meneliti setiap calon yang disediakan Jawatankuasa Pemilihan dan tahun ini saya membuat keputusan hanya 36 orang penerima sahaja benar-benar layak untuk dianugerahkan,” titah Seri Paduka Baginda.

Related Articles

Back to top button