Semasa

Kerajaan bakal bangun indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat

Jabatan Perangkaan (DOSM) diarah untuk membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, keputusan itu dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikannya semalam.

Jelasnya, indikator tersebut adalah bagi membantu kerajaan merangka pelaksanaan program lebih tepat dan berkesan.

Selain itu jelasnya, NACCOL turut membincangkan secara terperinci beberapa perkara berkaitan kos sara hidup rakyat khususnya isu harga dan ketersediaan bekalan beras dalam negara.

“Beberapa mekanisme jangka pendek telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” tambahnya melalui hantaran tersebut.

BACA LAGI: STR bakal ditambahbaik susulan penyasaran subsidi

Perdana Menteri sementara itu turut menekankan keperluan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan atas peluasan skop dan perubahan kadar Cukai Perkhidmatan yang dilaksanakan ke atas beberapa perkhidmatan terpilih.

“Dalam hal ini, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) telah melancarkan pemeriksaan khas di bawah Op Kesan bermula 1 Mac lepas bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya,” kata beliau.

Related Articles

Back to top button