Anwar

PM Anwar hulur sumbangan kepada Ali XPDC

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi meluangkan masa menziarah penyanyi rock popular, Ali daripada kumpulan XPDC di kediamannya di Bandar Salak Tinggi pada Selasa.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ali difahamkan menderita masalah paru-paru sehingga menyukarkan beliau untuk terus melakukan aktiviti harian dan kerjaya nyanyian.

“Saya juga difahamkan saudara Ali dan keluarga hanya bergantung harap kepada jualan produk maruku yang dihasilkan oleh isterinya.

“Bagi meringankan beban beliau dan keluarga, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya,” tulisnya.

Dalam masa sama, Anwar mendoakan agar beliau dikurniakan afiyah serta diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta.

Bagi yang berminat untuk membeli maruku hasil usaha isteri panyanyi rock tersebut boleh menghubungi Sharifah di talian 011-7070 0885.

Related Articles

Back to top button