Semasa

PM Anwar rai agamawan, anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di Seri Perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam pada Majlis Berbuka Puasa MADANI.

Turut diraikan pada acara di kediaman rasmi perdana menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya itu adalah 18 anak yatim serta asnaf dari Pusat Pendidikan dan Penjagaan Anak Yatim Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri Kuala Lumpur.

Hadir sama isteri pada majlis itu adalah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

BACA LAGI: Penjawat awam, Ketua Kampung di Perak dapat ‘duit raya’ RM1,000

Anwar kemudian turut meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.

Beliau dan isteri bersama lebih 200 jemaah kemudian mengikuti tazkirah Ramadan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Datuk Dr Nooh Gadut.

Related Articles

Back to top button