Parlimen

Dewan Rakyat luluskan RUU Perbekalan tambahan 2023

Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2023) 2024.

RUU itu membabitkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi RM23,479,669,350 daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan 2023.

Setelah dibahas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, Dewan Rakyat meluluskan usul itu dengan lebih suara bersetuju.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika bacaan kali kedua RUU semalam berkata, permohonan perbelanjaan tambahan itu bagi kegunaan peruntukan kepada Perkhidmatan Am Perbendaharaan iaitu sebanyak RM14,486,540,550, peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun (RM4,204,668,800), Kementerian Pendidikan (KPM) (RM1,973,724,300) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (RM1,174,138,000).

Peruntukan itu juga adalah bagi Kementerian Kesihatan (KKM) (RM687,892,500), Kementerian Pertahanan (RM410,530,750), Suruhanjaya Pilihan Raya (RM300,000,000), Jabatan Perkhidmatan Awam (RM153,263,900), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (RM56,910,550) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) (RM32,000,000).

BACA LAGI: RUU Akta Perkhidmatan Parlimen bakal dibentangkan, beri pembangkang peruntukan

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying membawakan RUU itu bagi bacaan kali pertama pada Khamis lalu.

Related Articles

Back to top button