Semasa

PM Anwar rai pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa MADANI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu meraikan kira-kira 200 pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Sejurus tiba kira-kira jam 7 petang, Anwar meluangkan masa berbual dan menyantuni pengamal media terdiri daripada lebih 70 agensi media tempatan termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Turut hadir adalah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil selain Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP merangkap Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada 20 petugas media dan bekas petugas yang sedang mengalami keuzuran kesihatan serta kurang berkemampuan.

BACA LAGI: YADIM kagum pendirian PM Anwar dalam isu Palestin

Sumbangan itu adalah dari Tabung Kasih@Hawana dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) bertujuan membantu bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengamal Media adalah acara tahunan yang diadakan oleh Pejabat Perdana Menteri bertujuan menghargai petugas media di samping memupuk ikatan silaturahim.

Related Articles

Back to top button