Negeri

Yayasan Sultan Ibrahim Johor cakna keperluan rakyat, hulur bantuan di seluruh Johor

Seramai 700 keluarga miskin di daerah Mersing dan Kota Tinggi, Johor menerima bantuan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) pada Khamis.

YSIJ menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, selain daripada bakul makanan turut disampaikan sumbangan 200 set peralatan persekolahan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan di kedua-dua daerah berkenaan.

“YSIJ sentiasa cakna dengan keperluan rakyat yang memerlukan daripada pelbagai aspek, oleh itu bantuan keperluan makanan terus dihulurkan kepada rakyat di seluruh Johor.

“Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Mohd Anizam Jamian kepada Pegawai Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ahmad Nazir Mohd Nasir,” katanya.

YSIJ diharap dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat khususnya di negeri Johor.

Related Articles

Back to top button