Negeri

Selangor umum bantuan khas raya sebulan gaji buat penjawat awam

Penjawat awam negeri Selangor bakal menerima bantuan khas kewangan sebulan gaji atau minimum RM1,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mengumumkan perkara itu dalam majlis Mahabbah Ramadan Madani hari ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan Insentif Khas Aidilfitri Kita Selangor dibayar pada 8 April.

“Sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang sedang berkhidmat di SUK (bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri).

“Bantuan sama akan dilebarkan penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat bawah SUK,” katanya memetik laporan Selangorkini.

Amirudin berkata, insentif elaun sebulan pula diberikan kepada pemimpin masyarakat lantikan negeri antaranya pengerusi dan setiausaha majlis pengurusan komuniti kampung.

Beliau menjelaskan pegawai perhubungan perkampungan serta ketua komuniti India, penyelia Wanita Berdaya Selangor, Penggerak Belia Selangor dan ahli majlis turut menikmatinya.

Sementara itu, beliau mengumumkan penggerak masjid seperti nazir, imam, bilak dan siak serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) akan menerima bantuan RM500.

Related Articles

Back to top button