Semasa

Agong kurnia 25,000 kampit beras kepada asnaf di Kuala Lumpur

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengagihkan Sumbangan Sembah Kurnia berupa 25,000 kampit beras 10 kilogram kepada asnaf di Kuala Lumpur bersempena Ramadan.

Datuk Paduka Maharajalela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dipetik laporan Awani berkata, sebanyak 10 buah masjid di sekitar Kuala Lumpur telah dipilih bagi urusan pengagihan sumbangan tersebut.

Setiap masjid akan diberikan stok beras sebanyak 2,500 kampit dan ia akan diagihkan pada setiap Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan, dari jam 8 pagi hingga 2 petang.

“Walaupun kita nampak kecil kurninaan beras in tetapi saya fikir ia begitu bermakna buat mereka yang dalam kesusahan, dalam keadaan yang mungkin berlaku kenaikan harga beras.

“Jadi sumbangan beras yang merupakan makanan ruji, yang mana setiap daripada kita rakyat Malaysia memang makan beras, sekurang-kurangnya dapat membantu khususnya dalam bulan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri,” jelasnya.

BACA LAGI: YDPA Sultan Ibrahim kurnia Proton X90 kepada KPN, empat pegawai kanan Istana

Azuan Effendy sebelumnya hadir ke Majlis Majlis Penyerahan 25,000 Kampit Beras Kurniaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Kepada Asnaf di Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.

Sementara itu tambahnya, menjadi harapan dan keinginan Yang di-Pertuan Agong untuk sebaik mungkin membantu selagi termampu, mereka yang susah sekitar Kuala Lumpur.

“Saya fikir ini bukanlah satu-satunya bantuan daripada Seri Paduka Baginda akan laksanakan.,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button