Global

Malaysia tambah sumbangan RM10 juta untuk rakyat Palestin melalui UNRWA

Malaysia akan terus menyokong Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dalam usahanya untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Justeru kata Wisma Putra, Malaysia akan membuat sumbangan tambahan sebanyak RM10 juta (AS$2.1 juta) kepada UNRWA di Asia Barat.

Menurut satu kenyataan, Wisma Putra berkata, Malaysia akan terus mengekalkan komitmennya untuk menyediakan bantuan keperluan asas dan sokongan kepada UNRWA yang kini menghadapi kekangan dari segi kewangan.

Melihat keadaan di Gaza yang semakin meruncing dan ditambah cabaran kewangan dihadapi agensi itu, Malaysia telah bersetuju membuat sumbangan tambahan tersebut.

Ini akan menjadikan sumbangan keseluruhan negara kepada agensi itu mencecah RM20 juta (AS$4.21 juta).

“Malaysia telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM10 juta (AS$2.1 juta) kepada agensi itu menggunakan dana Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) pada 17 Nov 2023.

“Ini merupakan sumbangan tambahan kepada AS$200,000 setahun yang disalurkan Malaysia bagi tempoh lima tahun dari tahun 2021 hingga 2025 kepada UNRWA,” kata kenyataan itu dipetik laporan berita.

BACA LAGI: 50,000 jemaah Palestin solat tarawih di Al-Aqsa walaupun disekat Israel

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia mengalu-alukan pengumuman yang dibuat empat negara, iaitu Australia, Iceland, Kanada dan Sweden mengenai penyambungan semula pembiayaan kewangan kepada UNRWA.

Related Articles

Back to top button