Nasional

Program Gerak Rahmah perkasa aktiviti dalam komuniti – Menteri

Program Gerak Rahmah yang merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan memperkasa dan mempergiat aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawanan dalam komuniti, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, program berkenaan akan dilaksanakan di tiga peringkat, iaitu peringkat kebangsaan di Sibu Sarawak, peringkat negeri di 16 buah negeri dan peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

“Kejayaan program sebelum ini telah memberikan dorongan positif terhadap nilai-nilai kebersamaan, muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama.

“KRT adalah jentera perpaduan di peringkat komuniti yang berperanan penting dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan, dan keharmonian.

“Sehingga kini, terdapat lebih daripada 8,438 KRT yang ditubuhkan di seluruh negara, dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat setiap tahun,” ujar beliau.

Untuk rekod, pada tahun 2023, hampir 4,002 KRT telah menyertai program ini dengan pengedaran sebanyak 400,000 bekas bubur lambuk.

“Manakala pada tahun ini disasarkan lebih 600,000 bekas bubur lambuk akan diedarkan di seluruh negara oleh anggota KRT.

“Selain agihan bubur lambuk, terdapat juga program lain seperti sumbangan Bakul Rahmah, Ziarah Rahmah, dan iftar Ramadan,” katanya.

Aaron berharap agar program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dan menggerakkan peranan KRT sebagai agen penyatuan masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih progresif.

Related Articles

Back to top button