Sukan

MotoGP: Maverick Vinales cipta sensasi di perlumbaan sprint GP Portugal

Pelumba pasukan Aprilia Racing, Maverick Vinales melakar kejutan apabila menjuarai perlumbaan sprint di Grand Prix (GP) Portugal pada Sabtu.

Pelumba Sepanyol itu memulakan perlumbaan di petak kedua ditentang hebat pelumba pasukan Ducati, Francesco Bagnaia dan juga Marc Marquez dari Gresini Ducati pada awal saingan.

Bagaimanapun, kesilapan Bagnaia yang hampir terjatuh pada baki empat pusingan terakhir membuka ruang kepada Vinales untuk memimpin perlumbaan sebelum menamatkan kemenangan sprint pertamanya.

“Saya gembira dengan kemenangan ini dan gembira dapat kembali di kedudukan teratas. Kami menunjukkan bahawa kami sedang mencari jalan menjadi pasukan terbaik.

“Sudah pasti, fokus adalah perlumbaan sebenar esok dan tetapi sangat gembira untuk hari ini. Ini adalah kemenangan pertama saya untuk Aprilia,” kata Vinales sejurus tamat perlumbaan.

Sementara itu, Marquez yang juga bekas juara dunia lapan kali mendapat kembali rentaknya musim ini.

Beliau yang kini menyertai pasukan Gresini Ducati mula tampil cemerlang apabila menamatkan saingan tempat kedua sejurus memintas Jorge Martin (Pramac Ducati) pada pusingan terakhir.

BACA LAGI: Hafizh Syahrin naik podium di Buriram

Juara dunia MotoGP berturut-turut, Bagnaia bagaimanapun terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Biarpun gagal menaiki podium, pelumba Itali itu masih kekal ditangga teratas dengan mengumpul 37 mata dan Martin tangga kedua dengan mengumpul 35 mata.

Related Articles

Back to top button