Semasa

PM Anwar hulur sumbangan kepada pemuda diuji penyakit elefantiasis

Nasib seorang belia, Muhammad Jazlan Abd Jamin yang diuji dengan penyakit kaki gajah (elefantiasis) mendapat perhatian perdana Menteri.

Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban dilalui Muhammad Jazlan.

Melalui satu catatan di laman Facebooknya, Anwar memaklumkan sumbangan disampaikan setiausaha politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Muhammad Jazlan di Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

“Saudara (Muhammad) Jazlan telah menghidap penyakit kaki gajah selepas terjatuh longkang tiga tahun lalu dan kini nasib beliau tambah malang apabila satu daripada kakinya terpaksa dipotong atas nasihat pegawai perubatan.

“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran tersebut.

BACA LAGI: PM Anwar hulur sumbangan kepada keluarga penjawat awam terjejas kebakaran rumah

Sementara itu, Ahmad Farhan dalam lawatan tersebut turut menyantuni kakitangan hospital dan pesakit lain yang sedang menerima rawatan.

Related Articles

Back to top button