PM Anwar beri sumbangan kepada pejuang awal reformasi
Nasib seorang pejuang awal reformasi yang kini diuji dengan masalah kesihatan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Presiden Parti KEADILAN berbesar hati menghulurkan bantuan kepada individu dikenali sebagai Kamarul Hatta itu.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya Anwar berkata, sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi pada Sabtu untuk membantu urusan harian dan perubatan Hatta.
BACA LAGI: PM Anwar hulur sumbangan kepada pemuda diuji penyakit elefantiasis
“Mana mungkin saya lupa pengorbanan Saudara Hatta yang menjadi pendukung utama perjuangan reformasi di saat sukar mahu pun senang.
“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah,” katanya Anwar melalui hantaran tersebut.