Negeri

Selangor teroka bidang semikonduktor dan teknologi AI, meterai MoU di Taiwan

Kerajaan Negeri Selangor melebarkan kerjasama dalam industri semikonduktor dan pendidikan kecerdasan buatan (AI) apabila memeterai usahasama dengan agensi pelaksana Taiwan.

EXCO Pelaburan negeri Ng Sze Han berkata kerjasama menerusi lima memorandum persefahaman (MoU) itu dilaksana di Sidang Kemuncak dan Ekspo Bandar Pintar di Taipei, Taiwan yang berakhir pada Sabtu.

“Kita tandatangan lima MoU, antaranya dengan pihak berkuasa tempatan Taipei dan beberapa persatuan bagi meningkatkan bidang semikonduktor dan teknologi AI.

“AI antara yang menjadi tumpuan kerana kita serius untuk majukan bidang itu. Kerjasama itu juga bakal melatih dan melahirkan pakar AI di Selangor,” katanya pada satu sidang media bersempena majlis pecah tanah gudang PTT Logistics Hub 1 di pusat galeri pameran PTT Synergy Group Berhad di Bukit Jelutong pada Ahad.

Kerajaan negeri melalui Belanjawa 2024 memperuntuk RM1 juta bagi penubuhan Pusat AI Selangor dalam usaha memantapkan lagi sistem perkhidmatan Kerajaan Negeri.

BACA LAGI: Rafizi nafi khabar angin harga RON95 dan Diesel akan naik

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata Selangor sebelum ini menegaskan pihaknya tidak mahu ketinggalan dan ingin merebut peluang dalam teknologi baharu yang sedang berkembang di seluruh dunia.

Selain industri AI, Kerajaan Negeri berhasrat memantapkan pembangunan dron menerusi pembinaan industri peranti keras (hardware) dengan peruntukan RM2 juta menerusi Belanjawan Selangor 2024.

Related Articles

Back to top button