Semasa

PM Anwar lancar Bazar Ramadan RAHMAH peringkat Negeri Perak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Madani di Taman Perpaduan dekat Ulu Kinta di Ipoh Perak.

Beliau tiba di tapak bazar pada jam 5.40 petang diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh.

KPDN dalam satu kenyataan yang disiarkan semalam berkata, perdana menteri pada kunjungan itu turut melancarkan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Negeri Perak Tahun 2024.

Program BRR itu merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui penyediaan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan.

“Bagi penganjuran peringat Negeri Perak, sebanyak 4 lokasi tumpuan orang ramai telah dipilih sebagai BRR pada tahun ini iaitu BRR Taman Cempaka Ipoh, BRR Taman Perpaduan Tambun, BRR Taman Silibin Ipoh dan BRR Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

“Antara kriteria pelaksanaan Program BRR adalah 40% daripada peniaga Bazar Ramadan perlu menawarkan Menu RAHMAH, lokasi tumpuan komuniti setempat serta menggalakkan kadar sewa RAHMAH dan berpatutan kepada peniaga berdasarkan lokaliti,” kata kenyataan itu.

BACA LAGI: Bazar Ramadan RAHMAH, MySaveFood peringkat negeri Sarawak dilancarkan

Melalui kenyataan sama, KPDN turut memaklumkan telah perluasan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (RetailDigitalisation Inisiative – ReDI).

Program bagi meningkatkan pendedahan kepada peniaga dan pengguna menggunakan kemudahan ewallet dalam berurusniaga secara digital itu dilaksana dengan kerjasama Touch n GO yang selari dengan matlamat kerangka pelaksanaan MyDIGITAL dan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) bagi sektor peruncitan.

Related Articles

Back to top button