Semasa

KPDN jalin kerjasama rentas kementerian, pastikan bekalan barangan asas mencukupi

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali memberi jaminan akan memastikan bekalan barangan asas di pasaran mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Bercakap dalam satu sidang media selepas melancarkan pusat panggilan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kuala Lumpur pada Rabu beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) serta kementerian lain.

“Sebab itu kita kerjasama dengan kementerian terlibat termasuk industri untuk memastikan bekalan mencukupi.

“Ini supaya peniaga mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) dan tidak dapat mempengaruhi dari aspek kestabilan harga,” katanya.

BACA LAGI: Harga dan bekalan ayam stabil – Mohamad Sabu

Sementara itu, Armizan mengesa rakyat menggunakan hak mereka untuk memilih barangan pada harga dan kualiti terbaik.

Ini kerana jelasnya pelbagai elemen diambil kira dalam menentukan harga barangan memandangkan bukan hanya kawalan daripada kerajaan tetapi juga jumlah bekalan.

“Kita juga berharap rakyat sebagai pengguna juga memainkan peranan dengan menggunakan hak yang ada iaitu hak untuk memilih,” katanya.

Related Articles

Back to top button