Semasa

Mohd Na’im jalani pembedahan kecil

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.

Menerusi ciapan di laman X, Mohd Naim berkata, prosedur berkenaan berlangsung pukul 8 pagi hari ini.

“Kelenjar ini perlu dibuang untuk mengatasi kesakitan yang saya alami sepanjang minggu ini,” katanya.

Menerusi hantaran sama, beliau turut memohon doa agar pembedahan berjalan lancar selain berdoa kesembuhan buatnya.

“Mohon kepada sahabat sekalian untuk mendoakan kejayaan hari ini dan keafiatan saya selepas ini untuk terus beribadah serta melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai menggandakan amal ibadah sempena Nuzul Quran.

“Kita gandakan amal ibadat khususnya bersedekah dan memberi banyak sumbangan khususnya kepada saudara kita di Palestin.

“Semoga ALLAH SWT memberi perlindungan dan keselamatan kepada mereka daripada terus dicerobohi serta dibunuh oleh rejim Israel.

“Saya juga pohon kita sama-sama doakan saudara-saudara kita di Palestin semoga bebas daripada ancaman rejim zionis Israel laknatullah. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.,” katanya.

Related Articles

Back to top button