Semasa

300 kuanter fizikal ditambah bantu lancar kemas kini PADU – Mohd Uzir

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bakal menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara bagi membantu proses mengemas kini maklumat dalam sistem Pangakalan Data Utama (PADU).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, langkah itu sebagai persediaan pihaknya menampung 6,000 kaunter fizikal sedia ada di seluruh negara, yang digembleng bersama beberapa agensi bagi menghadapi kesesakan yang dijangka menjelang tarikh akhir kemas kini PADU pada 31 Mac ini.

“Kita juga ingin memaklumkan bahawa pada hari terakhir itu, kaunter fizikal hanya akan mengeluarkan nombor sehingga 5 petang kerana kita tahu jika tiada waktu terakhir ini, akan masih ada yang datang pada saat akhir.

“Bagaimanapun bagi kemas kini secara dalam talian ia berterusan sehingga 11.59 malam pada Ahad ini,” katanya.

Mohd Uzir berkata begitu kepada pemberita selepas melakukan tinjauan pengoperasian kaunter fizikal PADU di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka pada Khamis.

BACA LAGI: Pendaftaran PADU meningkat mendadak 

Beliau sementara itu berkata, pertambahan kaunter fizikal itu susulan orang ramai dilihat lebih berpuas hati apabila mengisi di depan pegawai sedangkan mereka boleh mengisi secara dalam talian, khususnya dalam golongan umur pertengahan dan warga emas.

“Bagi yang muda, golongan ini tidak begitu nampak di kaunter fizikal kerana mereka boleh layari sistem tersebut melalui peranti masing-masing untuk melakukan kemas kini dan secara purata, setiap hari lebih 350,000 orang mengemas kini maklumat masing-masing secara dalam talian atau hadir ke kaunter,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button