Semasa

Lebih banyak kolaborasi dengan China untuk perkasa bidang TVET – Ahmad Zahid

Malaysia bakal memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui lebih banyak kolaborasi dengan negara China.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, perkara itu dibincang dalam pertemuannya dengan Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Liu Jianchao pada Khamis.

“China juga telah menawarkan kesediaan untuk menyediakan lebih banyak siri latihan, perkongsian pengalaman dan peluang pendidikan dalam bidang teknologi dan vokasinal khususnya kepada pelajar serta pekerja di Malaysia,” menurutnya hantaran tersebut.

Febuari lalu, Ahmad Zahid menyatakan kerajaan berhasrat menghantar pelajar Malaysia mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di China selaras.

Langkah itu selaras usaha kerajaan dalam memperkasa TVET dengan menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengambil jurusan itu termasuk di Jepun dan Korea Selatan selaras Dasar Pandang Ke Timur 2.0.

BACA LAGI: Niosh akan tingkat kesedaran keselamatan dalam bidang TVET, ekonomi gig

Sementara itu, sebagai mengulas pertemuan dengan Liu beliau berkata, kedua-dua pihak turut membincangkan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada 31 Mei ini.

Hadir sama pada pertemuan itu adalah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Liu diiringi Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dan para pegawai kedutaan.

Related Articles

Back to top button