Semasa

Tol percuma dua hari sempena Aidilfitri

Kerajaan MADANI mengumumkan pemberian tol percuma bersempena sambutan Aidilfitri di semua lebuh raya pada hari Isnin dan Selasa, 8 dan 9 April ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, pemberian tol percuma selama dua hari itu telah dipersetujui menerusi mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari lalu.

Pendekatan pemberian tol percuma itu selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

“Pelaksanaan inisiatif itu akan menyaksikan kerajaan perlu memperuntukkan bayaran pampasan dengan anggaran berjumlah RM37.60 juta.

“Pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor,” jelasnya.

Sementara itu Nanta menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan sewajarnya dan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan dengan memuat turun aplikasi MyPLUS-TTA.

“Menerusi aplikasi ini, pengguna lebuh raya dapat memilih waktu perjalanan berdasarkan plaza tol masuk dan plaza tol keluar dan memilih waktu perjalanan bersesuaian,” katanya.

BACA LAGI: KPDN jalin kerjasama rentas kementerian, pastikan bekalan barangan asas mencukupi

Beliau berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia juga akan mengaktifkan “smart lanes” di 18 lokasi di lebuh raya PLUS bagi mengurangkan kesesakan kritikal dan melancarkan aliran trafik.

“Dapatkan rehat yang secukupnya dan pastikan kad Touch ‘n Go dan eWallets anda mempunyai baki yang mencukupi. Semoga sampai ke destinasi dengan selamat,” katanya.

Related Articles

Back to top button