Semasa

Data dalam sistem Padu selamat, tidak boleh digodam – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberi jaminan bahawa semua data yang disimpan dalam Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) adalah selamat.

Bercakap kepada pemberita ketika menghadiri majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di Putrajaya pada Jumaat Fahmi berkata, PADU dibangunkan dengan mendapat panduan, nasihat serta maklum balas daripada beberapa pihak berkaitan.

Antara yang terlibat termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.

“Saya lihat tidak ada masalah dalam sistem ini, seperti yang disebut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, data yang disimpan di dalam sistem Padu juga bersifat encrypted.

“Jadi sekiranya berlaku pun sebarang tindakan untuk mencuri data itu, tetapi pencuri data tidak boleh membuka dokumen ataupun data,” katanya.

BACA LAGI: 300 kuanter fizikal ditambah bantu lancar kemas kini PADU 

Fahmi yang juga jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan sebelumnya diminta mengulas dakwaan yang mengatakan sistem Padu dibangunkan menggunakan kaedah teknologi lapuk, yang berpotensi menjejaskan integriti data.

Menyatakan keyakinan terhadap keselamatan sistem itu, Fahmi berkata beliau termasuk ahli keluarganya sendiri telah selesai mendaftar maklumat peribadi dalam PADU.

Related Articles

Back to top button