Semasa

Kementerian Komunikasi mahu adakan jelajah kesedaran keselamatan media sosial dalam kalangan kanak-kanak

Kementerian Komunikasi bercadang mengadakan jerayawara atau jelajah bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman terhadap keselamatan penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya bercadang untuk mengadakan jelajah itu bersama Kementerian berhubung dengan Kementerian Pendidikan bagi menjayakan program itu secara bersama.

“Mereka yang di bangku sekolah darjah 1 hingga 6 tidak boleh ada akaun TikTok, ini sebenarnya melanggar garis panduan asas untuk platform tersebut.

“Kita berhasrat untuk bekerjasama dengan beberapa pihak mengusahakan jerayawara atau jelajah memberi kesedaran dan pemahaman dalam kalangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) khususnya guru-guru dan para murid,” jelasnya.

Fahmi sebelumnya ditemui pemberita selepas melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Putrajaya pada Jumaat.

BACA LAGI: KPM jamin hak dapat akses pendidikan terbaik untuk pelajar Sekolah Henry Gurney

Beliau sementara itu menyarankan ibu bapa agar tidak dibernarkan memiliki akaun TikTok kerana ada beberapa perkara kurang enak dan risau tentang algoritma yang disajikan kepada kanak-kanak mampu mempengaruhi pemikiran mereka.

Beliau juga berkata pandangan pempengaruh di media sosial yang berbentuk sindiran dan parodi tidak sesuai serta tahap pemikiran kanak-kanak dalam usia tersebut belum dapat menerimanya.

Related Articles

Back to top button