Global

Malaysia gesa masyarakat antarabangsa teruskan tekanan terhadap rejim Israel

Malaysia mengalu-alukan langkah-langkah tambahan diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 28 Mac 2024 bagi kes berkenaan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Gaza.

Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui satu kenyataan berkata biarpun Resolusi 2728 (2024) diterima pakai pada 25 Mac tahun ini, Israel tetap meneruskan operasi ketenteraannya di seluruh Gaza dan menyebabkan lebih banyak kematian orang awam dan kemusnahan kediaman dan infrastruktur.

“Tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan ini adalah melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi yang diterima pakai oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Perhimpunan Agung dan Majlis Hak Asasi Manusia.

“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan lagi tekanan ke atas Israel dan meminta ia memenuhi obligasinya, menegakkan undnag-undang antarabangsa dan menghentikan keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin di Gaza yang kini mengalami kebuluran, malnutrisi dan penyakit,” kata Kementerian Luar.

BACA LAGI: YADIM kagum pendirian PM Anwar dalam isu Palestin

Melalui kenyataan sama, Wisma Putra turut menegaskan sikap Malaysia yang terus komited memperjuangkan isu Palestin.

Justeru Malaysia akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara, dan supaya Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB.

Related Articles

Back to top button