Semasa

KBS akan tingkat kesedaran untuk belia terlibat sektor e-panggilan carum Perkeso

Kesedaran dalam kalangan belia untuk mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terutama yang terlibat dalam sektor e-panggilan akan dipertingkat bagi memastikan keselamatan golongan itu lebih terjamin.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperingkat kesedaran golongan muda untuk mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

Timbalan Menterinya Adam Adli Abd Halimberkata, usaha itu akan menumpukan golongan belia terlibat dalam sektor e-panggilan bagi memastikan keselamatan mereka lebih terjamin.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, pihaknya telah memulakan kempen untuk mereka mencarum sejak tahun lepas terutama bagi belia di sekitar kawasan parlimen diwakilinya.

“Bagi Parlimen Hang Tuah Jaya kita telah memulakan inisiatif ini dengan 50 penghantar makanan telah menerima manfaat caruman secara percuma. Insya-Allah kami akan teruskan usaha seperti ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu beliau melepaskan konvoi Kembara Ramadan anjuran Persatuan Rakan Penghantar Melaka, yang turut dihadiri Yang di Pertua Majlis Perbadanan Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron dan Timbalan Pengarah Perkeso Melaka Redhuan Muda @ Mohadyatim.

BACA LAGI: Niosh akan tingkat kesedaran keselamatan dalam bidang TVET, ekonomi gig

Menerusi Kembara Ramadan itu jelasnya sebanyak 200 rakan penghantar makanan berkonvoi untuk menyampaikan bantuan kepada 120 penerima dalam kawasan Hang Tuah Jaya.

Kesemua penerima, katanya terdiri daripada keluarga asnaf, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya dan keluarga kurang kemampuan.

“Sumbangan hari ini berupa kit makanan asas dan biskut raya bagi meringankan beban mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button