Bulan madu tamat, kini masa untuk tangkap ‘lebah’ – Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Isnin bertitah bahawa memerangi rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan baginda.
Dalam catatan terbaharu di laman sosial rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah bahawa tempoh bulan madu menaiki takhta sudah berakhir.
“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, my honeymoon is over, now go catch the bees” titah Seri Paduka Baginda sambil menyerahkan madu kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebagai simbolik berakhirnya tempoh ‘bulan madu’.
Terdahulu, sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir 30 minit, antara lain dipersembahkan mengenai perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu.