Umum

Kerajaan umum bantuan khas kewangan Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 kepada pesara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan kewangan RM250 pula buat pesara berpencen dan tidak berpencen yang akan dibayar pada Jumaat ini.

“RM500 untuk semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Manakala RM250 untuk pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dan
InsyaAllah bantuan ini akan disalurkan seawal 5 April ini. Moga ia bermanfaat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteridi Puspanitapuri, hari ini.

Pada 23 Februari lalu, semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak telah menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.

Pengumuman pembayaran itu dibuat Anwar ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 6 Februari lalu.

“Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” katanya.

Related Articles

Back to top button