Semasa

NRES cadang kaji semula undang-undang berkaitan pencemaran plastik

Kerajaan akan mengkaji semula undang-undang berkaitan bagi mengatasi pencemaran plastik.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata undang-undang sedia ada bersifat ‘fragmented law’ iaitu pelaksanaannya bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengikut kesesuaian lokaliti serta konteks di kawasan masing-masing.

Usaha mengatasi pencemaran plastik di negara ini disifatkan kurang efektif walaupun pelbagai usaha dilakukan.

Justeru pihaknya mahu mencari mekanisme bagi membolehkan pohak persekutuan menggubal undang-undang yang lebih konprenhensif.

“Jadi, atas dasar itu kita sedang melihat bagaimana bagi mengatasi masalah pencemaran plastik ini.

“Bagaimana kita nak menjadikan penggunaan plastik ini lebih lestari? Sama ada dengan pengurangan penggunaan plastik sekali guna, plastik yang boleh biodegradasi yang diperbuat daripada bahan bahan organik ataupun alternatif lain untuk menggantikan penggunaan plastik,” katanya.

Nik Nazmi ditemui pemberita selepas sesi dialog “Pathways to Plastic Neutrality: Collaborative Action and Innovative Solution” anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Yayasan Hijau Malaysia di Kota Samarahan, Sarawak pada Isnin.

BACA LAGI: Draf akhir peraturan berkaitan e-sisa dalam peringkat penelitian

“Kita tahu bahawa kuantiti plastik di dalam sungai dan lautan menyumbang kepada masalah banjir, kepada kelaziman plastik mikro dalam rantaian makanan kita. Jadi, saya rasa di situlah kita melihat semula dasar sedia ada.

“Sekarang, beberapa negeri sudah mengenakan caj terhadap penggunaan plastik, tetapi ia tidak lagi dibuat secara meluas dan antara cabaran besar di Malaysia ialah sektor tidak formal, contohnya di bazar Ramadan, pasar malam yang masih menggunakan plastik secara meluas,” katanya.

Related Articles

Back to top button