Anwar

Setiausaha Politik PM Anwar ziarah aktivis reformasi KEADILAN

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi hari ini berkesempatan menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada aktivis awal reformasi, Pospan Linggam yang kini berdepan masalah kesihatan.

Menerusi hantaran di laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan itu disampaikannya menerusi Farhan Fauzi untuk membantu urusan harian dan perubatan Puspa.

“Farhan telah memberikan sedikit bantuan dari pihak saya bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Saya amat berharap ia memberi sedikit kelegaan kepada saudara Puspa dalam menempuh hari mendatang,” katanya.

Puspa merupakan antara individu yang terlibat secara aktif dalam gerakan massa sewaktu gelombang reformasi meledak lewat 1990-an, selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam bagi penggal 2010/2011.

Pada Selasa, Farhan Fauzi turut menziarahi seorang lagi aktivis reformasi, Aisah Lamsah yang menghidap penyakit lutut yang kronik di Rantau, Negeri Sembilan.

Difahamkan, Aisah juga perlu menjaga anaknya Muhammad Syakhir yang menghidap Spinal Ependymoma atau ketumbuhan tumor di bahagian tulang belakang yang memerlukan pembedahan segera.

“Farhan turut menyampaikan bantuan kepada Aisah bagi pihak saya. Memohon semua untuk sama mengirim doa buat Aisah dan adik Syakhir agar selamat menjalani pembedahan dan kembali sihat seperti sediakala, inshaAllah,” katanya.

Related Articles

Back to top button