Sukan

KBS komited pastikan venue Sukma 2028 siap dibina ikut jadual

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited memastikan pembinaan fasiliti sukan sempena temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2028 di Kelantan dapat disiapkan mengikut jadual.

Menterinya Hannah Yeoh di Dewan Negara pada Selasa berkata, status pembinaan fasiliti sukan untuk temasya tersebut sentiasa dipantau oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Selain itu, mesyuarat tapak turut diadakan setiap bulan bagi memastikan pelaksanaan projek mengikut jadual siap sepenuhnya pada Mac 2026.

“Hasil pemantauan juga akan dibawa pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan pada setiap bulan mengikut jadual,” katanya pada sesi soal jawab.

BACA LAGI: JWP tubuh tiga pasukan petugas khas, pacu semula ekonomi Labuan – Dr Zaliha

Sementara itu ketika menyentuh status terkini Stadium, Kompleks Sukan Bukit Merbau di Pasir Putih Hannah berkata, kerajaan negeri dijangka mendapat pemilikan tapak itu pada 13 April ini.

“Bagi pembinaan Arena Tertutup Kompleks Sukan Bukit Merbau, Stadium Hoki Bukit Merbau dan Lapang Sasar Menembak masih dalam proses perolehan di peringkat Jabatan Kerja Raya.

“Pembinaan Pusat Skuasy, Lawnball Berbumbung dan Pusat Akuatik pula masih dalam peringkat perancangan dan akan dilaksanakan oleh JKR,” katanya.

Related Articles

Back to top button