Semasa

57 ‘otai reformis’ terima sumbangan raya dari Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menghulurkan sumbangan Aidilfitri kepada 57 “otai reformis” di sekitar Ampang,

Anwar melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, sumbangan itu disampaikan setiausaha politiknya Ahmad Farhan Fauzi dalam majlis ringkas di pejabat DUN Bukit Antarabangsa.

“Kebanyakan mereka menghadapi masalah kesihatan malah ada yang telah uzur dek kerana faktor usia. Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada pihak saya.

“Mendoakan kesihatan yang baik untuk mereka serta dipermudahkan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Anwar melalui hantaran itu.

BACA LAGI: PM Anwar hulur sumbangan kepada peniaga terkesan kebakaran

Turut hadir pada majlis itu, timbalan speaker DUN Selangor merangkap Adun Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamarudin.

Anwar sebelum ini dilapor sering menghulur sumbangan termasuk untuk golongan artis veteran yang diuji masalah kesihatan dan golongan memerlukan.

Related Articles

Back to top button