Semasa

ADUN Seri Setia serah sumbangan raya kepada 100 individu

Seramai 100 individu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menerima sumbangan bakul makanan dan duit raya daripada Exco Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Sumbangan bakul makanan yang mengandungi barangan dapur bernilai RM100 dan duit raya (RM150) daripada Yayasan Telekom Malaysia (TM) Selangor itu itu disampaikan pada program Cahaya Ramadan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra di Petaling Jaya semalam.

“Program serahan sumbangan hari ini dibuat dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam Telekom Petaling Jaya dan Pusat Khidmat DUN Seri Setia.

“Sumbangan bakul makanan dan duit raya ini memberi manfaat kepada 50 asnaf dan 50 ibu tunggal DUN Seri Setia dengan jumlah bernilai RM250,” katanya Dr Mohammad Fahmi yang juga wakil rakyat Seri Setia.

Difahamkan penerima sumbangan itu terdiri dari kalangan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), pelajar tahfiz dan masyarakat Orang Asli.

BACA LAGI: 100 murid sekitar Putrajaya terima bantuan sambut hari raya

Pada majlis sama, Naib Presiden Kawal Selia & Perhubungan TM Meor Shahril Anuar Rathuan berkata pihaknya membelanjakan sejumlah RM320,000 untuk membantu 3,000 golongan memerlukan di seluruh negara sepanjang Ramadan tahun ini.

“Matlamat kami adalah untuk meringankan kesusahan para penerima bantuan, memastikan mereka juga dapat berkongsi serta merasai kegembiraan dan kemanisan bulan Ramadan,” katanya dipetik.

Related Articles

Back to top button