Uncategorized

Agong kurnia sumbangan peribadi 25,000 kampit beras kepada asnaf sepanjang Ramadan

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan peribadi 25,000 kampit beras 10 kilogram kepada asnaf sepanjang Ramadan tahun ini.

Melalui satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu dikurniakan kepada asnaf di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, Sultan Ibrahim juga berkenan mengurniakan sumbangan beras kepada 194 kakitangan Istana Negara dan pekerja pengurusan fasiliti Istana Negara serta Istana Melawati di Putrajaya.

Penerima sumbangan terdiri daripada kakitangan gred jawatan 11 dan 14, dengan kurniaan itu disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim.

Turut hadir pada program penyampaian sumbangan di Istana Negara hari ini ialah Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh dan Ketua Pegawai Pentadbir Istana Negara, Irfan Idrus.

Related Articles

Back to top button