Nasional

Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di semua institusi pendidikan KPM martabat syiar Islam

Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan diperluaskan di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula sesi persekolahan 2024/2025.

Menurut KPM, hadis tersebut akan diajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kolej Vokasional dan Kolej Matrikulasi.

“Inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusipendidikan KPM yang beragama Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat ini, penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi telah dilaksanakan di 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 185 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Menengah dan 43 SABK Rendah.

Ia melibatkan seramai 12,673 orang guru dan 120,489 orang murid menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang.

“Inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi juga tersenarai dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM Bagi Tempoh 2024 hingga 2030.

“Inisiatif tersebut adalah cerminan komitmen besar KPM untuk memartabatkan syiar Islam dan dalam masa yang sama melahirkan modal insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia,” menurut kenyataan itu.

Related Articles

Back to top button