Anwar

PM Anwar pengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bincang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan (JPK) pada Khamis bagi membincangkan mengenai Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, mesyuarat kali pertama berkenaan telah berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dan turut dihadiri oleh Menteri dan Ketua Agensi masing-masing.

“Mesyuarat tersebut membincangkan bidang-bidang keutamaan Malaysia dan persediaan rapi yang perlu dilakukan.

“Ini bagi memastikan legasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 akan meninggalkan kesan positif untuk tahun-tahun akan datang, baik di rantau Asia Tenggara dan di peringkat global,” katanya.

Pada 26 Januari lalu, Anwar telah meminta jentera kerajaan memanfaatkan sebaik mungkin Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 sebagai landasan untuk meningkatkan profil serta nama negara.

Beliau mahu penekanan lebih diberi bagi merakyatkan ASEAN dan merealisasikan komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat.

Katanya, ia adalah penting dalam memacu pembangunan dan pertumbuhan serantau secara kolektif dalam kerangka ASEAN.

Related Articles

Back to top button