Semasa

13 NGO rayu rakyat lawan kebencian etnik dan agama

Tiga belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai bangsa bergabung bagi merayu rakyat Malaysia melawan kebencian dan provokasi terhadap etnik atau agama .

Melalui satu kenyataan pada Sabtu, gabungan itu menjayakan gerakan #MZB265 atau ‘Melawan Benci Dengan Rahmah Setiap Hari’ menerusi amalan memohon dan memberi maaf.

“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia mengangkat amalan ‘maaf zahir batin’ ke tingkat lebih tinggi.

“Amalan memohon dan memberi maaf adalah ajaran Islam dan juga dalam sistem nilai agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme serta komuniti orang asal atau asli di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Mari lazimkan amalan memohon dan memberikan ‘maaf zahir batin’ sepanjang tahun, tidak terhad semasa Aidilfitri, bahkan dari awal Muharram hingga Zulhijjah, dari 1 Januari hingga 31 Disember dan sepanjang 365 hari setahun,” katanya gabungan itu.

Gabungan itu terdiri dari Projek SAMA, Angkatan Belia Islam Malaysia, Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall, G25, Architect of Diversity, Muslim Professional Forum, Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs dan Gabungan Bertindak Malaysia.

Ia turut disertai IDEAS, Persatuan Patriot Kebangsaan, Pure Life Society, Buddhist Missionary Society Malaysia dan Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia.

BACA LAGI: ‘Perpaduan hadiah paling bermakna untuk saya’ – Sultan Ibrahim

Melalui kenyataan sama mereka menjelaskan, dengan sikap memaafkan orang lain, ia tidak menjadikan seseorang lebih lemah atau berkompromi terhadap kedaulatan undang-undang.

Related Articles

Back to top button