Negeri

1,300 asnaf sekitar Gombak terima sumbangan raya dari Amirudin

Seramai 1,300 asnaf di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Gombak menerima sumbangan sempena aidilfitri dari Menteri Besar Selangor.

Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penerima berkelayakan di DUN Sungai Tua, Hulu Kelang dan Gombak Setia itu menerima bantuan RM500 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dengan jumlah keseluruhan sumbangan lebih RM620,000.

“Program ini diurus oleh MBI dan Pejabat Menteri Besar, kita mengenal pasti asnaf yang benar-benar layak untuk terima bantuan, kita sasar 1,500 penerima dengan peruntukan RM750,000 tetapi bakinya akan diberi selepas raya.

“Program ini juga merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) MBI dan wakalah zakat yang mana Lembaga Zakat Selangor pulang semula kepada kita untuk diagih kepada asnaf.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba,” katanya dipetik.

BACA LAGI: ADUN Seri Setia serah sumbangan raya kepada 100 individu

Amirudin sebelumnya hadir menyampaikan sumbangan itu di Masjid Selayang Baru.

Selepas menunaikan solat Asar, beliau menghadiri ke program ‘Rewang Anak Muda’ di Dewan Terbuka Batu Caves disusuli berbuka puasa di Surau Jabal Nur, Taman Seri Gombak.

Naib Presiden parti KEADILAN itu turut mengadakan ziarah kasih di kediaman salah seorang warga emas di Flat Taman Al-Ridhuan.

Related Articles

Back to top button