Sukan

Menteri keluar motorium sementara, halang pemasangan struktur pentas di SNBJ

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dilapor telah mengeluarkan satu moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dipetik laporan media berkata, moratorium hasil mesyuarat pascanilai pada 1 April lepas itu berkuatkuasa sehingga kondisi rumput di padang berkenaan mencapai tahap yang baik.

“Susulan daripada hasil pascanilai itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengeluarkan moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di atas rumput sehingga kondisi rumput mencapai tahap yang baik.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada penganjur konsert pada sesi dialog antara menteri dan para penganjur konsert semalam,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Mesyuarat dipengerusikan Ahli Lembaga Pengarah PSM, Datuk Seri Windsor John itu membincangkan keadaan padang Stadium Nasional ketika perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman bulan lalu.

BACA LAGI: Stadium utama di semua negeri terima RM500,000 sebagai persediaan kejohanan Liga Malaysia

Dalam pada itu, PSM memaklumkan penganjur masih boleh membuat tempahan, namun sebarang struktur pentas dan menara bunyi adalah dilarang di atas padang.

“Ini merupakan langkah untuk tidak menjejaskan rumput di SNBJ dan memastikan rumput berada dalam keadaan optimum untuk perlawanan bola sepak yang akan datang,” menurut kenyataan tersebut.

Related Articles

Back to top button