Semasa

Kerajaan komited wujudkan sistem kesihatan inklusif – Dr Dzulkefly

Kerajaan MADANI komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk penggubal dasar, pembekal penjagaan kesihatan, pertubuhan masyarakat sivil dan sektor swasta bagi mewujudkan sistem kesihatan yang mampan dan inklusif.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Malaysia perlu terus melabur mengembangkan liputan kesihatan sejagat (UHC) dan mengukuhkan sistem kesihatan bagi mengelak keciciran.

“Meskipun Malaysia menikmati banyak kemajuan yang ketara dalam hal ini, masih terdapat jurang perbezaan dan rintangan yang perlu ditangani demi merealisasikan hak kesihatan untuk semua.

“Untuk hidup sihat, setiap individu memerlukan perkhidmatan kesihatan dan sumber yang secukupnya. Masa depan yang lebih cerah dan sihat, sama ada untuk kita atau generasi seterusnya, adalah hak bersama.

“Malaysia perlu meneguhkan iltizam untuk menegakkan hak kesihatan untuk semua tanpa mengira status sosioekonomi, lokasi geografi, atau sebarang halangan lain,” katanya dalam kenyataan bersama wakil Pertubuhan Kesihatan (WHO) untuk Malaysia, Brunei Darussalam, dan Singapura, Dr Rabindra Abeyasinghe bersempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia .

Dr Dzulkefly sementara itu berkata, sempena Hari Kesihatan Sedunia tahun ini juga, amatlah penting melihat prinsip yang penting untuk mencapai kesejahteraan insan iaitu hak untuk hidup sihat.

Seperti juga negara-negara lain, katanya hak rakyat Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang bermutu dan mudah kini menjadi semakin penting.

Bagi tujuan itu jelasnya, pelbagai daya usaha sudah dilaksana seperti membina fasiliti penjagaan kesihatan baharu di kawasan pedalaman.

BACA LAGI: Malaysia sertai kajian keberkesanan Nelfinavir sebagai antiviral demam denggi

“Di samping itu, Malaysia sudah mengagihkan peruntukan dalam bidang teleperubatan dan klinik kesihatan bergerak untuk menyampaikan khidmat kepada penduduk yang sukar mendapat perkhidmatan seperti di kawasan terpencil.

“Usaha seperti ini berjaya meningkatkan capaian dan mutu penjagaan kesihatan untuk masyarakat pedalaman dan merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button