Semasa

Aidilfitri: Orang ramai digesa terus waspada dengan penularan Covid-19

Orang ramai digesa terus berwaspada dengan meskipun kes berkaitan Covid-19 telah menurun secara ketara.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lalu kes berkaitan Covid-19 menurun 97.1% kepada 493 kes berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.

“Sejak Minggu Epidemiologi 1 tahun 2024 (ME 1/2024), jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan menunjukkan penurunan yang ketara.

“Walaupun situasi Covid-19 bertambah baik, virus Covid-19 akan terus berada bersama kita dan kita perlu berwaspada menghadapinya. Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau situasi terkini Covid-19 di peringkat global dan di Malaysia.

“KKM mempunyai kaedah pemantauan untuk menilai situasi Covid-19 sejak fasa awal pandemik yang dikenali sebagai Sistem Amaran Awal (HAS) dan masih digunakan sehingga kini,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa Covid-19.

BACA LAGI: Kerajaan komited wujudkan sistem kesihatan inklusif

Melalui kenyataan sama beliau berkata, varian yang sedang menular di Malaysia masih lagi varian Omicron dengan subvariannya tidak menyebabkan jangkitan yang teruk kepada individu yang dijangkiti.

Bagaimanapun tegasnya, sempena Aidilfitri orang ramai dinasihatkan supaya menjaga kesihatan serta mencegah jangkitan atau menularkan kepada orang lain susulan perjumpaan dengan orang ramai di tempat tertutup dan sesak.

Related Articles

Back to top button