Semasa

Kerajaan tidak kompromi terhadap perbuatan sengaja hina Islam – Menteri Agama

Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap perbuatan yang sengaja menghina agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta pihak berkuasa berkaitan termasuk pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menyelaras tindakan bersepadu menangani isu yang mengancam kesucian Islam.

“Menjadi komitmen utama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjaga kesucian agama Islam dan maslahah umat Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang jelas terbukti membuat tindakan yang menghina agama Islam,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu sebagai mengulas pertemuan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s), Datuk Seri Ng Chuan Hoo berhubung kasut keluaran syarikat itu logonya didakwa mirip kalimah Allah, Mohd Na’im berkata, pihaknya menyerahkan proses selanjutnya kepada polis.

BACA LAGI: Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di semua institusi pendidikan KPM martabat syiar Islam

“Sekiranya terdapat elemen yang bertentangan dengan undang-undang, maka proses selanjutnya akan diambil oleh pihak polis.

“Justeru, semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada situasi ini supaya ia tidak berulang lagi pada masa akan datang,” katanya sambil menasihatkan semua pihak untuk sentiasa bertenang serta tidak mengambil langkah melulu yang bertentangan dengan undang-undang negara.

Related Articles

Back to top button