Negeri

Pahang umum pembiayaan kos rawatan untuk penjawat awam, pesara perkhidmatan negeri

Penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam di Pahang bakal menerima pembiayaan kos rawatan kesihatan dari kerajaan negeri.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail susulan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang pada 3 April.

Menurutnya, pembiayaan kos rawatan itu di Sultan Ahmad Shah Medical Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia meliputi penanggungan 30 peratus bil rawatan perubatan dan penanggungan 100 peratus bil rawatan ubat khas, ubat non-formulary (NF) dan implan.

BACA LAGI: Kerajaan komited wujudkan sistem kesihatan inklusif

Selain meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan negeri, langkah itu juga jelasnya secara langsung dapat mengurangkan kesesakan yang berlaku di hospital dan juga klinik-klinik kerajaan.

“Saya mengharapkan menerusi pembiayaan ini, penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri dapat menggunakan perkhidmatan rawatan kesihatan di SASMEC@IIUM dengan sebaik-baiknya,” katanya dalam satu kenyataan.

Related Articles

Back to top button