Anwar
PM Anwar ucap Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Telugu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada masyarakat Telugu sempena ‘Ugadi’ atau Tahun Baharu Telugu.
Menurut Anwar, beliau berharap agar tahun baharu kali ini membawa kemulian dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya.
“Sekali lagi, mewakili seluruh rakyat Malaysia saya ingin mengucapkan Ugadi subhakankshalu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Hari ini, masyarakat Telugu bakal menyambut Ugadi diikuti Tahun Baharu Chithirai Puthandu yang bakal dirayakan oleh masyarakat Tamil pada Ahad, 14 April.