Global

Anwar dan Shehbaz Sharif bertukar-tukar ucapan hari raya melalui panggilan telefon

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif bersempena sambutan Aidilfitri.

Melalui kenyataan di laman Facebooknya Anwar berkata, kedua-dua mereka telah bertukar-tukar ucapan Hari Raya Aidilfitri di samping menzahirkan harapan agar hubungan kedua-dua negara akan terus diperkukuh.

“Shehbaz turut mengulangi undangannya kepada saya untuk mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan secepat mungkin,” katanya.

Menyentuh mengenai hubungan kedua-dua negara Anwar berkata,perbualan telefon tersebut juga membolehkan beliau meneroka ruang untuk memperhebatkan hubungan Malaysia-Pakistan terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

BACA LAGI: Hubungan dagangan, pelaburan antara Malaysia-Republik Kyrgyz diperkukuh

“Saya juga menyambut baik cadangan Shehbaz bagi mengeksport daging halal dari Pakistan ke Malaysia.

“Selain itu, kami turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Gaza dan Afghanistan. PM Shehbaz juga memuji pendirian Malaysia terkait permasalahan di Palestin,” katanya.

Melalui hantaran itu Anwar turut mendoakan semoga hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus berkembang demi manfaat bersama.

Related Articles

Back to top button