Anwar

Calon PH bagi PRK Kuala Kubu Bharu belum dibincangkan – PM Anwar

Pakatan Harapan (PH) masih belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu bulan depan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu masih belum dibincangkan bersama kepimpinan parti di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya belum berbincang dengan siapa-siapa lagi berkenaan ini.

“Saya datang untuk menunaikan solat jumaat dan hadiri jamuan raya,” ujar beliau ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu.

PRK bagi kerusi DUN Kuala Kubu Bharu itu diadakan susulan kematian Aahli Dewan Undangan Negeri tiga penggalnya, Lee Kee Hiong daripada DAP pada 21 Mac lalu selepas bertarung dengan kanser.

Terdahulu, Anwar yang juga Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang Kali, Selangor bersama hampir 500 jemaah lain.

Selepas makan tengah hari, beliau meluangkan masa dan beramah mesra bersama pengurusan masjid serta jemaah pada majlis jamuan hari raya yang diadakan di masjid itu.

Beliau yang tiba di masjid itu pada 12.24 tengah hari, disambut bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah serta pengurusan masjid dan jemaah yang hadir.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan.

Jamuan itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu pelbagai kaum yang berpakaian berwarna-warni, sekali gus memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri hari ini.

Related Articles

Back to top button