Global

Hasrat Malaysia agar Mesir buka sempadan Rafah telah disampaikan – Speaker Dewan Rakyat

Malaysia telah menyatakan hasrat kepada kerajaan Mesir supaya mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara itu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata hasrat beliau itu supaya bantuan makanan dan perubatan sampai kepada rakyat Palestin telah disampaikan kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat di kediaman rasminya pada Khamis.

“Baru-baru ini ada permintaan untuk kita menghantar lagi bantuan makanan dan perubatan…kerajaan kita komited, cumanya tadi Duta Mesir ada di sini, jadi kita mintalah kalau boleh juga bukakan sempadan itu.

“Sebab saya difahamkan oleh beberapa Ahli Parlimen kita yang melawat sempadan (Mesir-Rafah) baru-baru ini, ada lebih kurang 60 ke 70 trak makanan dan perubatan yang kita hantar tersadai hampir dua hingga tiga bulan tidak boleh masuk,” katanya dipetik.

BACA LAGI: Lebih 400 tan bantuan kemanusiaan dihantar dari Malaysia ke Gaza

Pada masa sama, Johari menegaskan bahawa konflik Palestin dan Israel bukan sekadar membabitkan umat Islam semata-mata, malah melibatkan soal hak asasi kemanusiaan secara keseluruhannya memandangkan rakyat Palestin datang daripada pelbagai latar belakang agama.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menjelaskan pendirian Malaysia ketika melawat Jerman bulan lepas dan negara tidak pernah berganjak daripada pendirian itu.

Related Articles

Back to top button