Global

Presiden Erdogan nyata harapan hubungan Malaysia-Turki diperhebat

Presiden Recep Tayyip Erdogan menzahirkan harapan agar hubungan antara Malaysia dan Turki dapat diperhebat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar melalui catatan terbaharu di media sosialnya berkata, harapan itu diungkap Erdogan sewaktu beliau menerima panggilan telefon daripada sahabat baiknya itu pada
Khamis.

“Kami berbalas ucapan Eid Mubarak dan mendoakan agar masing-masing terus diberi kesihatan yang baik untuk memimpin negara.

“Presiden Erdogan turut menzahirkan harapan agar hubungan antara kedua-dua negara dapat diperhebat terutama dalam bidang perdagangan dan pertahanan,” kata.

BACA LAGI: PM Anwar seru pelabur lihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama

Pada panggilan itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Palestin.

“Saya nyatakan bahawa komuniti antarabangsa perlu segera mendesak pembantaian dan penghapusan rakyat Gaza dihentikan.

“Malaysia akan terus komited menyuarakan pendirian tegas negara mengenai nasib rakyat Palestin di pentas dunia,” tambah Anwar.

Related Articles

Back to top button