Nasional

Projek Smart SBB ala Sekinchan di Kelantan tunjuk perkembangan positif

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu telah melancarkan projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) ala Sekinchan di Bendang Tok Ajam, Pasir Puteh, Kelantan.

Ia melibatkan kawasan sawah seluas 68 hektar dan 35 pesawah yang menghasilkan beras padi MR297.

Mohamad berkata, usaha itu adalah langkah persediaan dalam isu keterjaminan makanan.

“Sekarang dipanggil ‘security’ (keterjaminan) sebab manusia tetap perlu makan.

“Lihat apa yang berlaku di beberapa buah negara Afrika. Insya Allah kita tak sampai ke peringkat itu.

“Persediaan mesti kita buat dan ada keupayaan. Kita ada teknologi baru yang diperkenalkan.

“Kita boleh gemblengkan untuk capai cita-cita Malaysia yang lebih cemerlang,” katanya.

Untuk rekod, projek Smart SBB di Pasir Puteh di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menyaksikan pengenalan kaedah penanaman yang menggunakan mesin ‘rice transplanter’ atau ‘mencedung’ dalam panggilan di Kelantan.

Kaedah penanaman itu menjimatkan masa biarpun teknologi baharu berkenaan memerlukan kos agak tinggi berbanding tabur terus.

Related Articles

Back to top button