ekonomi

PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi pembangunan ekonomi negara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsikan keyakinan terhadap kemampuan rakyat Malaysia merealisasikan potensi negara dalam membangun ekonomi, terutama dalam pelaburan bernilai tinggi.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata kerajaan MADANI yang dipimpinnya komited membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.

“Dengan pelaburan bernilai tinggi daripada syarikat global, menghasilkan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk lebih ramai rakyat Malaysia.

“Saya mempunyai keyakinan penuh herhadap potensi setiap rakyat Malaysia dalam prospek cerah untuk ekonomi kita dan masa depan kita bersama sebagai sebuah negara,” katanya yang turut berkongsi laporan video dari laman Facebook Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai potensi Malaysia yang semakin meningkat dalam industri semikonduktor.

BACA LAGI: PM Anwar yakin Perak akan jadi negeri utama pertumbuhan ekonomi negara

Melalui laporan itu WEF berkata Malaysia, terutamanya Pulau Pinang, sedang muncul sebagai kuasa semikonduktor baharu, selepas negeri itu memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) bernilai AS$12.8 bilion (AS$1 = RM4.76) tahun lepas.

Related Articles

Back to top button